Friday, January 18, 2013

rindu nak main TAG ! !

Assalamualaikum w.b.t...

OK.. sy tau main tag-tag ni dah agak ketinggalan zaman..
Tp tbe2 sy rindu zaman2 gile tag ni lps terjumpa bende ni.. Hehe..


1. Perkara yang boleh menceriakan hidup anda
     - Melihat anak2 kecil x kire la anak sape, x kire bangsa, x kire warganegara..

2. Tajuk dan sinopsis novel/buku yang kali terakhir anda baca
     - Novel "Cinta Pandang Kedua" terbitan Alaf21.. sgt best!! Sinopsis die: copy & paste je.. haha..

"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.
Setelah bertahun lamanya masa berlalu....
Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.
Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.
Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.
3. Nama bunga yang digunakan untuk membuat nasi kerabu supaya berwarna biru
    - alamak!! bunga ape ye.. tp nasi kerabu mmg sedap!! hehe..

4. Hal yang memalukan pernah terjadi dalam hidup anda
    - jatuh longkang besar kat skolah.. malu sgt ok!! ramai org mase tu tgh rushing nk g perhimpunan pagi..

5. Keistimewaan pasangan hidup anda
    - jeng jeng jeng.. berfikiran jauh, kelakar, kwn2 sy ckp die nampak romantik dgn cara die sendiri.. (yg ni lps kwn2 ckp baru sy perasan..haha..)

6. Pandangan tentang filem/drama ala seram yg banyak ditayangkan sekarang
    - menakutkan la jugak..

7. Rancangan TV yang anda rasakan memberi manfaat kepada penonton? Kenapa?
    - alamak.. sy dh jarang tgk tv la.. buat masa sekarang ni tgk drama Setia Hujung Nyawa je..haha..

8. Perkara paling Mewah yang pernah anda lalui
    - sy hidup bersederhana..cehhhh..

9. Prinsip hidup


10. Tempat makan best (ditempat anda) yang dicadangkan patut dicuba
      - rumah sendiri bleh x?? hehe..

11. Impian hidup anda
      - sentiasa hidup gembira di samping suami, anak2 (blom ade rezeki lg; doakan kami ye..) keluarga, bahagia dunia n akhirat.. (mcm semua org pn ade impian ni..haha..)
Sape yg nk meyambung silakan.. haha..

No comments: