Friday, October 24, 2008

[ buaT pEdOman gadis2, buaT reNunGan jEjaKa2 ]

sy percaye x de org dlm dunia ni yg x nak idup bahagia n gembira..
t'utamanya bg gadis2 spt sy yg m'impikan jejaka yg baik yg bleh m'bimbing n menemani,n menyerikn hari2 yg d lalui sehingga ke akhir hayat..
x ketinggalan juga jejaka2 yg m'impikn gadis yg taat, dpt m'jage mkn minum, penyambung zuriat, hm..ape lg ek..
pendek kate manusia d dunia ni memerlukn pasangan hidup..

mgkn ade yg b'pendapat sy mgkn masih muda utk b'bicara mengenai pasangan hidup & hati n prasaan..
mgkn kebanyakan rakan2 sebaya sy masih menganggap memerlukn pasangan hanya utk suka2 bg m'ceria kn hari2 yg d lalui krn kami masih muda utk mmikirkn ttg mase dpn..

mgkn mmg benar ade teori yg mengatakn "gadis2 cpt matang b'banding jejaka2"..
gadis2 akn lbh mmikir kn mase depan b'banding jejaka yg hanya ingin "enjoy dulu"..
x hairanlah lbh ramai gadis2 yg kecundang disbb kn putus cinta..
kebnykn gadis2 akn tetap menangisi nasib bile putus cinta wpn ianya bkn nye dilalui utk pertama kali..
sc lahiriah mgkn gadis t'sebut kelihatan spt "small matter"..
tp..d kala gadis t'sebut b'sendirian, hanya Allah shj yg tau b/mana dia b'perang dgn prasaan sndri..
mgkn dia x nak family n kwn2 nye risau..

seorg kwn baik telah m'email kpd sy sebuah "mutiara kata" yg telah b'jaya m'jd kn sy lbh tabah..
bkn shj utk insan2 yg putus cinta, ttp juga utk anda2 semua yg mgkn dpt m'perbaiki diri n m'peroleh ketenangan jiwa..
rase nye x salah klo sy b'kongsi ssuatu yg baik kn..
luangkn lah masa anda utk m'bace bhn2 ilmiah spt ini yg mgkn sedikit sebnyk dpt m'bantu diri anda m'bina hati yg lbh kuat n tabah..

>> WANITA itu sendiri adalah rahsia
>> NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
>> AKAL mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan
>> HATI mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

>> Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
>> Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)

HADIAH TERBAIK
** Kepada kawan - Kesetiaan
** Kepada musuh - Kemaafan
** Kepada ketua - Khidmat
** Kepada yang muda - Contoh terbaik
** Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
** Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
** Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki." ( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


ini hanyalah sebahagian petikan yg diambil drpd email yg dikirim oleh kwn baik sy..
thanx to WANA n thanx gak kpd penulis asal yg x d ketahui..

4 comments:

NIC™ said...

haishhh... bole amk kata2 nih... ahahaha!!! smuanya bernas... menarik!!!

budak sebelah pintu said...

Speechless r, x tau nak komen ape sebenarnye..heh. Yg penting, hanya cinta kepada Allah s.w.t yg akan kekal abadi. :) Happy always!

and again it's me, myself and i said...

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya."

senyum~

Hidayat Tay said...

Sabarlah fadilah. takpe orang nak buat aniaya pada kita. insyaallah kena balik pada mereka suatu hari nanti. ada hikmah nya sesuatu ni terjadi.

"Takutlah kepada doa orang-orang teraniaya kerana doa mereka adalah yang paling mustajab. Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa mereka dan Allah SWT."

"Tiga jenis doa yang diperkenankan tanpa ada keraguan, iaitu doa orang yang dianiaya, doa orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya."

dan

"Doa orang yang teraniaya akan diangkat oleh Allah, dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman, "Demi kemuliaanKu, sungguh akan Aku menangkan kamu walaupun tidak segera."

ingatlah. karma is like a donut. what goes around, comes around.
(bercakap melalui pengalaman)